You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi:Sambal Ikan Kering Pari

Salam Semua...

Sebelum ni  entri pasal Jom Jalan-Jalan cari makan kan. So kali ni Jom Masak plak... Kali ni nak share resepi yang mudah utk dimasak and bagi sesapa yang malas nk masak tu boleh la cuba.. Terutama pada student yg duk umah sewa la kan. Boleh masak tp kurang rajin.Senang je pun bahan die and tahan lama. Yang paling best mkan ngan nasi panas sempena musim hujan ni kan.. Mama aku panggil ni acar sebab guna cuka tapi aku prefer panggil sambal. So nama resipi ni aku letak la sambal..

RESIPI SAMBAL IKAN KERING PARI

Bahan-bahan:

Ikan kering pari/ ikan kering lain pun tak pe
Cili Kering yang telah di blend
Bawang putih dan bawang merah
Sedikit Cuka.

Cara-cara:


Mula-mula korang potong ikan kering tu mengikut saiz yang anda nak. Tapi jangan terlalu kecik or terlalu besar. Then goreng setengah masak. Maknanya tak sempat garing korang kena angkat.


Then, ikan yang telah dipotong tadi tu korang tumbuk biar jadi leper. Jadi leper ek bukan hancur.Lepas da tumbuk goreng balik biar garing. Baru rangup nak makan.
Lepas tu tumis la bawang merah,bawang putih dan cili kering yg telah dimesin hingga pecah minyak. Then akhir sekali letak la cuka. Sikit je tau cuka. Nanti masam plak 


Ni la hasilnya bile korang da masak. Tak perlu letak garam sebab ikan kering ni da pun masin.

Lepas tu... apa lagi.. ngap la ngn nasi panas...


Nak tgk lagi dekat ni la rupanye.

SELAMAT MENCUBA

P/S: RASA MALAS NK MASAK BETTER MASAK SOMETHING YG TAHAN LAMA DR AMIK MAKANAN SEGERA.
1 Comment for "Resepi:Sambal Ikan Kering Pari"

Nanie..minat kita sama juga..intan suka masak juga..siap g letak kat kiosk dekat menara tempt husband kerja..mihun goreng ja. Tp stop sebab penat sangat..jadi amek order kalau kawan2 opis nak order…sedapnya sambal ikan kering pari n..suka2

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top