You don’t have to be big. You have to be remarkable

5 Makanan Agar Kulit Mulus

Assalamualaikum
Ari ni nak sharing pasal penjagaan kulit melalui makanan (especially utk aku). It's soooo true ttg makanan yg baik akan memberi kesihatan yg baik tapi... dengan Izin Allah S.W.T. Ingat tu ok?? 


Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari  prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 5 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan  lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130  peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan  berkerut.

4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung  dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan  halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila  perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.


Amacam?? Ok tak. Selamat Mencuba

Sumber: Remaja

P/S: Supplemen biji anggur pun bagus utk kulit.. 



0 Comment for "5 Makanan Agar Kulit Mulus"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top